Ganjaran Pahala Besar Bagi Seseorang Yang Memuliakan Tetamu


RASULULLAH saw bersabda bermaksud: *Barang siapa beriman kepada Allah dan
hari akhirat, hendaklah dia menghormati tetamunya.*

Islam menganjurkan umatnya supaya menghormati tetamu, termasuk tetamu yang menziarahi kita atau orang yang diundang ke rumah kerana sesuatu majlis seperti rumah terbuka dan perkahwinan.

Ulama juga sepakat bahawa sifat menghormati dan memuliakan tetamu adalah sifat mulia yang disanjung oleh syariat Islam. Ia adalah akhlak anbia dan salihin. Akhlak seperti itu juga jejak langkah mukminin sejati. Ini kerana memuliakan tetamu dengan memberi bantuan dan menjamu makan akan menghasilkan pahala besar di sisi Allah.

Sesungguhnya memuliakan tetamu itu besar ertinya dalam pandangan Islam.

Orang yang tiada menghormati tetamu samalah seperti tiada menghormati apa yang dianjurkan oleh Allah dan rasul-Nya. Dalam pada itu, bertamu juga ada adatnya. Misalnya ada larangan untuk tinggal lebih daripada tiga hari sebagaimana sabda Rasulullah dalam hadisnya yang bermaksud: *Jamuan untuk tetamu hanya tiga hari, maka selebihnya adalah sedekah. Dan setiap amalan baik itu adalah sedekah juga.*

Imam Termizi menghuraikan apa yang dimaksudkan supaya tidak tinggal lebih daripada tiga hari.

Beliau berjkata tetamu dilarang tinggal lebih daripada tiga hari jika hal itu akan menimbulkan rasa kurang senang pada diri orang yang dikunjunginya agar jangan sampai perkara itu menjadi semacam beban atas dirinya. 

Al-Khattabi pula menerangkan dengan lebih jelas, bahawa seseorang tetamu tidak boleh dan tidak halal untuk menetap di tempat orang yang dikunjunginya lebih daripada tiga hari, kecuali kalau memang ada permintaan daripada tuan rumah.

Related

Informasi 5818059366849849422

Follow Us

Hot in week

Recent

Comments

Side Ads

Text Widget

Connect Us

item